The EIC > Worldwide Information > my
Mengenai Majlis Industri Tenaga (Energy Industries Council, EIC)

Mengenai Majlis Industri Tenaga (Energy Industries Council, EIC)

EIC ialah persatuan perdagangan utama bagi pelbagai syarikat yang membekalkan barang dan perkhidmatan kepada industri tenaga di seluruh dunia. EIC ditubuhkan pada tahun 1943 sebagai sebuah organisasi kebajikan dengan keahlian lebih 900 syarikat di seluruh dunia. Ahli EIC terdiri daripada syarikat pelbagai saiz, termasuk kontraktor dan pengeluar antarabangsa utama hingga kepada syarikat yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang lebih khusus.

Matlamat utama kami adalah mengenal pasti peluang perniagaan global untuk ahli dari seluruh spektrum tenaga dan menyokong aktiviti pembangunan perniagaan mereka melalui penyediaan maklumat perniagaan, data, wawasan, acara, rangkaian, perkhidmatan promosi dan bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan pembangunan dasar yang sesuai untuk rantaian bekalan tenaga.

Apa kami lakukan

Kami berada di kedudukan yang unik dalam membantu perniagaan rantaian bekalan tenaga untuk memahami peluang dan cabaran serta membantu mereka mengembangkan perniagaan.

Kepakaran Pasaran Tenaga

Pangkalan Data Kecerdasan Pasaran: Platform untuk mengenal pasti peluang perniagaan baharu dalam pasaran CAPEX dan OPEX. Menggunakan alat analitik canggih EIC untuk mengumpulkan kecerdasan pasaran serta butiran projek dan aset.
Laporan Negara dan Industri: Laporan kecerdasan pasaran EIC memperincikan aktiviti kontrak projek tenaga utama di pasaran global dan negara.
Perkhidmatan perundingan pasaran tenaga dipacu data: EIC Consult ialah pusat sehenti EIC, perkhidmatan risikan pasaran yang diciptakan khusus untuk menyokong perniagaan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang sektor industri tenaga, pasaran tempatan dan peluang perniagaan yang sedia ada.

Acara dan Perangkaian:

Acara bersemuka, dalam talian dan hibrid: EIC menyediakan pelbagai acara kepada ahli dan bukan ahli. Lawati kalendar acara kami untuk senarai penuh.
Pavilion EIC dan UK: EIC menguruskan Pavilion UK di semua pameran perdagangan tenaga utama di seluruh dunia, memastikan syarikat tampil jelas dan terbuka kepada golongan pembuat keputusan utama dalam pasaran dan sektor yang berkaitan.
Delegasi Perdagangan: Delegasi luar negara memperkenalkan syarikat kepada pasaran baharu dalam persekitaran yang saling menyokong. Delegasi EIC menyediakan jadual perjalanan penuh dan boleh ubah bagi mesyuarat serta peluang mendapat rangkaian dengan pembuat keputusan kanan dan pengurus perolehan dalam NOC, IOC dan Kontraktor EPC.

Peninggian Profil

Pusat Media EIC untuk berita, majalah, siaran akhbar dan artikel: Profil EIC meningkatkan peluang membantu syarikat ahli memperbaiki ketrampilan dalam talian dan imej korporat mereka secara produktif dan cekap dalam industri tenaga di seluruh dunia. Dengan majalah EIC, syarikat boleh mengembangkan pendedahan jenama mereka sambil berkongsi dengan pasaran berita terkini mereka.
Penyelesaian Acara: Perkhidmatan Penyelesaian Acara EIC menyediakan dan memudahkan keseluruhan proses perancangan acara, membantu menyokong acara anda yang sempurna.

Kepakaran Rantaian Bekalan Global

Laporan Bertahan & Berkembang (Survive & Thrive Report): Laporan Bertahan & Berkembang (Survive & Thrive Report) adalah inisiatif global yang dibangunkan oleh EIC dalam metodologi komprehensif menggunakan teknik temu bual untuk mendapatkan maklumat dan membuat kesimpulan serta memahami faktor kompleks dalam kisah perniagaan tertentu. Laporan itu berkongsi dengan rantaian bekalan tenaga global tentang kes perniagaan syarikat ahli EIC yang tertentu dan menyerahkannya kepada badan hakim Anugerah EIC.
Anugerah Rantaian Bekalan Tenaga: Program Anugerah EIC mengiktiraf kecemerlangan daripada semua syarikat dan organisasi merentasi seluruh industri tenaga. Syarikat boleh menunjukkan cara mereka menghadapi cabaran tertentu dan memperkenalkan penyelesaian perniagaan baharu atau sebarang inisiatif mendorong kejayaan dalam kes perniagaan yang dipaparkan dalam Laporan Bertahan & Berkembang.
Peta Bekalan EIC: Peta yang disahkan EIC untuk lebih 6125 syarikat rantaian bekalan sektor tenaga dalam memberikan wawasan yang tiada tandingan. Syarikat boleh menggunakannya untuk menjalankan analisis pasaran dan menyelidik potensi rakan kongsi perniagaan, potensi pesaing atau untuk membuat senarai sasaran syarikat yang mungkin memerlukan produk dan perkhidmatan mereka.

Peluang keahlian global

EIC menyokong syarikat yang membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada industri tenaga dalam pelbagai cara. Jika anda berminat untuk menyertai salah satu persatuan perdagangan terbesar di dunia, hubungi pengurus keahlian khusus untuk menempah demo.
Pilihan Keahlian Kami: Global, Pembaharuan Global, Tempatan dan Utama.
Dapatkan maklumat lanjut tentang keahlian di https://www.the-eic.com/Membership/MembershipCategories

Pejabat EIC Serantau

Hubungi kami dengan mudah, tidak kira lokasi mana anda berada. Rangkaian ahli global EIC disokong oleh 120 kakitangan di 5 hab serantau: London, Dubai, Kuala Lumpur, Houston dan Rio de Janeiro. Perkhidmatan pejabat serantau kami adalah:
• Taklimat EIC dalam talian serantau: Berita bulanan terkini industri tenaga dari seluruh dunia.
• Bantuan untuk mengatur lawatan perniagaan anda ke rantau ini.
• Lokasi tertentu turut menyediakan perkhidmatan tambahan seperti pejabat servis, perkongsian meja kerja dan perkhidmatan pejabat tetamu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk di kawasan anda, sila hantarkan mesej ke membership@the-eic.com